Sunday, April 4, 2010

GA_googleFillSlot("Shvoong_Summary_Box_ID");
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya cinta... Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya. Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya. Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa. Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan. Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing. Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan. Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta ! Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya. Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya. Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta. Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

CINTA???

" CINTA suatu perasaan yang sukar digambarkan melalui kata-kata.Ia hanya dapat dinikmati secara mengalaminya sendiri.CINTA tak dapat dipelajari tetapi dialami.Uniknya CINTA kerana ia jelmaan kasih sayang yang teragung. Manusia membina sahsiah dimuka bumi bermodalkan kasih sayang dan CINTA CINTAlah segalanya bagi orang yang sedang bercinta.CINTA menjadi jambatan penghubung kepada dua hati yang asalnya terpisah dan saling tidak mengerti. Jika CINTA sudah tiada di hati anda,tandanya salah satu nikmat ALLAH telah tercabut daripada anda,sedangkan CINTA salah satu nikmat teragung ALLAH terhadap hamba-hambanya.Jika anda sudah tidak dapat menghargai CINTA,itu tandanya nilai kemanusiaan anda sudah mula terhakis.Ketiadaan CINTA di hati anda bakal merubah seluruh kehidupan anda. Orang yang tiada perasaan CINTA adalah orang yang telah kehilangan motivasi dalamanya.CINTA seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan,kasih sayang dan kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung dengan insan-insan berlawanan.CINTA adalah kenderaan menuju kebahagiaan. Suburkanlah rasa CINTA sebagaimana ia bermula-sentiasa.Saat bermulanya CINTA adalah rasa teragung yang dirasai oleh setiap manusia.Inilah rasa yang tiada perkataan dapat menceritakannya.Tatkala itu CINTA benar-benar menjadi motivasi yang terhebat.Andainya lautan api direntangkan ditengah-tengah ,masih sanggup direnangi untuk menggambarkan betapa CINTA begitu memotivasi dan perlu bukti. Tiada lagi rasa teragung kecuali CINTA.CINTA melambangkan kegembiraan,keseronokan,kepuasan,kenikmatan dan semua rasa yang muluk-muluk dan sukar digambarkan dengan perkataan.Manusia yang beruntung adalah manusia yang meniti diatas CINTA,memperoleh CINTA untuk menyedari kedudukannya sebagai insan kerdil dibawah kebesaran Ilahi. CINTA yang murni adalah pemangkin kepada kehidupan yang penuh bahagia.Sebagaimana ia bermula,CINTA seharusnya berkekalan sedemikian rupa sehinggalah ke penghujungnya.CINTA tidak harus dinodai oleh perlakuan-perlakuan kejam,tidak bermoral dan juga tidak mencarik kesucian CINTA itu sendiri.Andainya CINTA boleh dikekalkan sebagaimana ia bermula,bahagia adalah jawapan untuknya. Kejayaan sesebuah perhubungan memang banyak bergantung kepada suci dan murninya CINTA yang dipermodalkan.Selama mana CINTA dapat dipertahankan pada kedudukannya selama itulah bahagia menjadi penghias yang terindah.Apabila CINTA sudah tidak dihargai kehidupan akan berpaling ke tahap terendah.Jawapanya derita tanpa penyudah. Tanpa perlu mengeluarkan sebarang bayaran,CINTA sudah ada dalam setiap insan.CINTA sudah dibekalkan sebagai modal termahal untuk dirasai dan diberikan kepada insan yang berhak.Meniti diatasnya bererti meniti diatas bahagia. Tiada lagi suatu rasa pun yang boleh memotivasikan manusia kecuali rasa CINTA dan bahagia.Dengan CINTAlah gunung kelihatan rendah untuk didaki.Dengan bahagialah lembah kelihatan cetek untuk dituruni.Dengan CINTA dan bahagialah matlamat kehidupan insan menjadi sempurna.Tanpa kedua-duanya,semuanya kelihatan tercabut dari sasaran. CINTA ibarat cahaya,bukan pencetus masaalah dan pembawa derita.Tak perlu berkorban kehormatan untuk CINTA.Kerana CINTA yang benar-benar suci dan semulajadi menjadikan pemiliknya bertambah matang,dewasa,beriman malah berperibadi mulia. CINTA murni sentiasa mampu memandu manusia melepasi semua halangan demi kecemerlangan.CINTA telah membuatkan manusia bangkit membina kehidupan yang terbaik.Alangkah bodohnya orang yang menjadikan CINTA untuk membina kesusahan. Jika CINTA dijelmakan dalam diri ia begitu memotivasikan.Jika diberikan kepada seseorang,ia ibarat menghadiahkan sebukit emas untuknya.Jika dijelmakan dalam rumahtangga,jawapanya adalah kerukunan dan persefahaman yang berpanjangan. Begitulah seharusnya CINTA..............

Nilai Cintamu

Pernah dulu kufikirkan
Tanpa cinta tak mengapa
Bila kau pergi kurasakan
Sunyinya dihati
Baru kini kutahu
Nilai cintamu

Kurenungi gambarmu
Kubaca surat surat mu
Namun pedihnya kuterasa
Tanpa kau bersama
Kuharap dikau pun
Begitu jua

Kini aku mengerti
Hanya engkau pelita hati
Semua yang kau korbankan
Hanyalah untukku

Akan tetapku kenang
Kasihmu terhadap diriku
Janji untuk bersama
Sehidup dan semati

Andainya kau kembali
Kan ku curahkan rasa hati
Akan aku buktikan
Cintaku yang suci
Berikan ku harapan
Untuk bersamamu semula
Akan aku buktikan
Nilai cintaku...